Barah Pangkal Rahim ( KANSER SERVIKS)
Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)
Barah
pangkal rahim atau juga
dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi
kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga
merupakanbarah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ).
Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi
kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat
kelamin ( genital wart ).
Ketuat kelamin (Genital Warts)
Megenali
ketuat kelamin
Ketuat kelamin merupakan sejenis
penyakit kelamin. Ketuat kelamin merujuk kepada bonjolan daging lembut, lembab
dan tidak sakit pada alat kelamin. Ketuat kelamin bewarna merah jambu atau
keperangan dan boleh tumbuh di atas kemaluan, bibir faraj, kawasan dubur, dan
kadangkala pada faraj wanita.
Ketuat ini pada wanita berpotensi
berubah menjadi barah, terutamanya barah pangkal rahim.Ketuat kelamin tidak
menunjukkan tanda-tanya yang ketara, oleh itu ujian pap smear digalakkan
untuk dilakukan secara berkala terutamanya bagi mereka yang menjangkau usia
40an.Bagi wanita mengandung, rawatan perlu dilakukan dengan segera bagi
mengelakkan ketuat kelamin berjangkit kepada bayi yang akan lahir secara
normal.Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan
kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah.
Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim (strain 16, 18 dan 31),
bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.
BARAH PANGKAL RAHIM (Kanser Serviks)
Barah pangkal rahim atau juga
dikenali sebagai Kanser Serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi
kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Kes barah pangkal rahim semakin
meningkat setiap tahun. Jika barah pangkal rahim tidak dikesan dan dirawat awal
barah pangkal rahim boleh membawa maut.
Mengenali
lebih dekat Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)
Serviks adalah pangkal rahim dan rahim
merupakan bahagian tubuh di mana janin berkembang.Serviks berhadapan dengan
saluran yang dipanggil faraj.Dalam barah pangkal rahim, sel-sel di pangkal
rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu
ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke
bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.Barah pangkal
rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal
rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal
rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser. Wanita yang kerap bertukar-tukar
pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan
jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan
seks. Selain itu, kanser serviks juga boleh disebabkan hubungan seks pada usia
terlalu muda dan tabiat merokok.
Tanda-Tanda
Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)
- Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
- Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
- Perdarahan dari faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
- Sebarang perdarahan dari faraj selepas putus haid.
Perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan,
kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus
lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.Secara amnya
wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara,
ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.
Ujian
lumuran Pap (Pap Smear)
Oleh kerana wanita yang aktif seks berisiko
mengidap barah pangkal rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya
awal-awal lagi.Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian
yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh
mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang
mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.
Ujian ini boleh didapati di:
- Pusat Kesihatan Kerajaan
- Klinik Perancang Keluarga
- Hospital/Klinik Swasta
Antara calon/kriteria
wanita yang perlu menjalani PAP Smear
- Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian Ujian PAP Smear.
- Ujian Ujian PAP Smear hendaklah dilakukan sekurang-kirangnya 2 tahun sekali.
- Ujian PAP Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid
Para wanita juga dinasihatkan adalah lebih baik untuk
menjalani ujian lumuran Pap ini pada setiap tahun untuk memeriksa sel prabarah,
atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dapat dikesan awal, ia masih boleh
dirawat tanpa mengganggu kesuburan anda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan